Mudah sahaja untuk memohon Skim Saraan Bercagar (SSB)!

Ikuti setiap langkah di bawah dan anda berpeluang untuk mendapatkan pendapatan bulanan tetap sepanjang tempoh persaraan anda. Rujuk carta aliran permohonan kami untuk memudahkan anda memahami keseluruhan proses yang terlibat.

Langkah 1

Langkah 1

Kunjungi mana-mana Cawangan KWSP di bawah:

KWSP Kuala Lumpur
Tingkat Aras Tanah
Bangunan KWSP
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
KWSP Petaling Jaya
PJX-HM Shah Tower
Lot A, Tingkat Aras Tanah,
No. 16A, Persiaran Barat
46050 Petaling Jaya
Selangor
KWSP Johor Bahru
Tingkat 1, 12-18,
Bangunan KWSP, Jalan Dato' Dalam
80000 Johor Bahru, Johor
KWSP Seberang Jaya
EPF Building Seberang Jaya
No. 3009, Off Lebuh Tenggiri 2
Bandar Seberang Jaya
13700 Prai
Pulau Pinang
KWSP Ipoh
Tingkat Bawah, 5,6,7, & 8,
Bangunan KWSP, Jalan Greentown,
30450, Ipoh, Perak.
KWSP Seremban
No1, Jalan Dato’ As Dawood,
70100, Seremban, Negeri Sembilan
KWSP Melaka
KWSP Bandar Melaka, Bangunan KWSP,
Jalan MITC, Hang Tuah Jaya,
75450, Ayer Keroh, Melaka.
 
Langkah 2

Langkah 2

Jalani ujian pra-penilaian untuk tentukan kelayakan anda. Berikut adalah beberapa maklumat asas yang anda perlukan sediakan:

Maklumat Peribadi

  • Umur peminjam atau peminjam-peminjam (bagi Pinjaman SSB bersama)

Butiran Hartanah

  • Anggaran nilai pasaran hartanah
  • Jenis hartanah
  • Lokasi hartanah
  • Hakmilik tanah bagi hartanah (iaitu Pegangan Bebas atau Pegangan Pajakan)
Langkah 3

Langkah 3

Buat temu janji dengan Penasihat Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Langkah 4

Langkah 4

Lengkapkan modul penasihat kewangan SSB bersama AKPK di Cawangan AKPK yang terdekat.

Langkah 5

Langkah 5

Setelah dilengkapkan, kemukakan permohonan SSB anda kepada Cagamas. Pastikan anda sertakan borang pengesahan kehadiran AKPK dan dokumen sokongan berkaitan yang lain bersama permohonan anda.

Hantar permohonan anda secara ONLINE ATAU HANTAR ke pejabat Cagamas melalui pos berdaftar: 

SKIM SARAAN BERCAGAR
Cagamas Berhad, 
Level 32, The Gardens North Tower, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.

Pelanggan juga boleh menghantar Borang Permohonan di pejabat Cagamas atau cawangan KWSP yang ditetapkan di Jalan Raja Laut, KL atau Menara PJX-HM Shah, Selangor.
 

Mahu ketahui lebih lanjut mengenai Skim Saraan Bercagar (SSB)?

Mahu ketahui lebih lanjut mengenai Skim Saraan Bercagar (SSB)?
icon-blue-font.svg
M
L
XL
XXL