Berkuatkuasa 15 Januari 2024, sebarang pertanyaan dan permohonan Skim Saraan Bercagar (SSB/SSB-i) boleh dibuat melalui ibu pejabat Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) di Kuala Lumpur dan cawangan-cawangannya di Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru.

Skim Saraan Bercagar (SSB)
Reverse Mortgage

Membolehkan pemilik kediaman yang sudah bersara memperoleh akses kepada pendapatan tambahan yang berterusan untuk perbelanjaan harian dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kos sara hidup.

Mulai 13 Disember 2022, Skim Saraan Bercagar (SSB) dan SSB Islamik (SSB-i) boleh didapati di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban dan Bandaraya Melaka. Pelanggan kini boleh menghantar permohonan secara dalam talian (online application).

elderly-couples-talking-together-plant-trees-pots.jpg
Scroll Down

Mengenai Skim Saraan Bercagar (SSB)

Pemilik rumah warga emas kini boleh menjana tunai ketika persaraan melalui SSB

Apakah Skim Saraan Bercagar (SSB)?

Skim Saraan Bercagar atau Reverse Mortgage (“RM”) merupakan satu jenis pinjaman yang disasarkan kepada warga tua atau para pesara yang memiliki rumah, dan ia membenarkan mereka menukar aset besar mereka ini — hartanah kediaman mereka — kepada pendapatan tetap bulanan yang berterusan sepanjang hidup mereka, tanpa melepaskan pemilikan dan masih tinggal di kediaman mereka.

  • Untuk membolehkan pemilik kediaman yang telah bersara memperoleh akses kepada pendapatan tambahan berterusan sepanjang hidup untuk perbelanjaan harian.
  • Pemilik rumah kini boleh memperoleh tunai daripada pemilikan rumah mereka sebagai tambahan kepada pendapatan persaraan mereka, dan oleh itu dapat mengurangkan kebergantungan kepada keluarga terdekat.

Baca Seterusnya

Tempoh sepanjang hayat

Tempoh sepanjang hayat

Bayaran bulanan tetap sepanjang hayat peminjam atau peminjam bersama.

Tiada pembayaran balik ketika masih hidup

Tiada pembayaran balik ketika masih hidup

Pembayaran balik hanya dibuat apabila peminjam, atau peminjam bersama meninggal dunia, mana-mana yang meninggal dahulu.

Masih mendiami rumah sendiri

Masih mendiami rumah sendiri

Peminjam dan peminjam bersama boleh terus mendiami di hartanah mereka sepanjang hayat mereka.

Tiada tuntutan/rekursa

Tiada tuntutan/rekursa

Harta peminjam tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kekurangan untuk menyelesaikan Pinjman Skim Saraan Bercagar sekiranya hasil jualan hartanah itu adalah kurang daripada jumlah pinjaman yang tertunggak.

Bagaimana kaedahnya?

Untuk layak memohon Pinjaman Skim Saraan Bercagar, individu mestilah sekurang-kurangnya berumur 55 tahun dan memiliki rumah.

Syarat Kelayakan Peminjam

Syarat Kelayakan Peminjam

  • Warganegara Malaysia berumur 55 tahun dan ke atas, layak memohon Pinjaman SSB secara persendirian atau bersama.
  • Pemilik atau pemilik  bersama sebuah hartanah kediaman.

*** Bagi pinjaman SSB bersama, ia bukan sahaja terhad kepada pasangan sahaja, malah termasuk ibu atau bapa, adik-beradik atau anak, tertakluk kepada had umur.

Syarat Kelayakan Hartanah

Syarat Kelayakan Hartanah

  • Harta kediaman di Lembah Klang atas nama Peminjam (pemilikan bersama bagi Pinjaman SSB bersama)
  • Kediaman utama dan diduduki oleh peminjam
  • Hartanah tidak dihalang dan tiada gadai janji
Capai ketenangan fikiran dengan Cagamas

Capai ketenangan fikiran melalui Skim Saraan Bercagar (SSB) melalui pembiayaan kadar tetap

Jumlah pembayaran yang diterima oleh Peminjam akan bergantung kepada umur Peminjam dan nilai, lokasi dan jenis harta.

Guna kalkulator SSB kami untuk menganggarkan jumlah pembayaran bulanan. Pembayaran sekali gus bersama-sama dengan pengeluaran tunai bulanan juga disediakan. Ketahui lebih lanjut tentang jumlah sekaligus dan kos di sini.

Bagaimana untuk Memohon

Kami menyediakan proses permohonan Skim Saraan Bercagar (SSB) yang mudah. Ikuti langkah berikut untuk memperoleh Pinjaman Skim Saraan Bercagar!

Walk in to any designated EPF branches

Kunjungi mana-mana Cawangan KWSP / AKPK di bawah:

  • KWSP Kuala Lumpur
  • KWSP Petaling Jaya
  • KWSP Johor Bahru
  • KWSP Seberang Jaya
  • KWSP Ipoh
  • KWSP Seremban
  • KWSP Melaka
  • AKPK Kuala Lumpur*
  • AKPK Johor Bahru
  • AKPK Penang
  • AKPK Ipoh
  • AKPK Melaka
*untuk Selangor, Negeri Sembilan & Kuala Lumpur.

 

Jalani ujian pra-penilaian untuk tentukan kelayakan anda

Jalani ujian pra-penilaian untuk tentukan kelayakan anda

Buat temu janji dengan Penasihat Kewangan AKPK

Buat temu janji dengan Penasihat Kewangan AKPK

Lengkapkan modul penasihat kewangan SSB bersama AKPK

Lengkapkan modul penasihat kewangan SSB bersama AKPK

Kemukakan permohonan Skim Saraan Bercagar anda kepada Cagamas

Kemukakan permohonan Skim Saraan Bercagar anda kepada Cagamas/AKPK. Permohonan Dalam Talian kini tersedia.

Soalan Lazim

Ada pertanyaan mengenai Skim Saraan Bercagar (SSB)? Dapatkan jawapan mengenai Pinjaman Skim Saraan Bercagar, kelayakan, kos dan banyak lagi, melalui Soalan Lazim di sini

Dalam situasi ini, proses biasa penamatan pinjaman akan dilaksanakan. Berikut ialah pilihan kepada keluarga terdekat.

Menyelesaikan Pinjaman Skim Saraan Bercagar yang tertunggak

Jumlah ini adalah minimum, bergantung kepada tempoh pinjaman. Setelah diselesaikan, hartanah tersebut akan diserahkan kepada keluarga terdekat peminjam.

Tidak menyelesaikan Pinjaman Skim Saraan Bercagar

Sekiranya keluarga terdekat memilih untuk tidak menyelesaikan pinjaman, Cagamas akan menjual hartanah tersebut dan menyelesaikan pinjaman tertunggak. Sebarang baki daripada penjualan hartanah, setelah ditolak jumlah pinjaman, akan diserahkan sebagai harta Peminjam.

Peminjam boleh memulangkan atau menamatkan perjanjian tersebut dengan menyelesaikan atau membayar semua jumlah pinjaman tertunggak yang terkumpul sehingga tarikh pemulangan atau penamatan.

Tidak, peminjam bersama yang masih hidup masih boleh tinggal di hartanah tersebut sehingga dia meninggal dunia.

Ingin berbincang dengan kami mengenai Skim Saraan Bercagar (SSB)?

Kami di sini untuk menjawab pertanyaan anda dan membimbing anda melalui proses permohonan Pinjaman Skim Saraan Bercagar.

Ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan pemilikan rumah yang lebih meluas dan pertumbuhan pasaran gadai janji sekunder di Malaysia.

Ingin berbincang dengan kami mengenai Skim Saraan Bercagar (SSB)?
icon-blue-font.svg
M
L
XL
XXL