Rumah kediaman kebiasaannya merupakan aset terbesar yang dimiliki oleh seseorang.
Sebagai pemilik rumah, anda seorang yang "kaya dengan aset" melalui ekuiti perumahan. Tahukah anda bahawa anda boleh menukar harta kediaman anda kepada pembayaran pendapatan bulanan tetap sepanjang tempoh persaraan anda?
Apa itu Skim Saraan Bercagar Islamik (SSB-i)?
Skim Saraan Bercagar Islamik (SSB-i) merupakan kemudahan Pembiayaan Gadaian Berbalik (Pembiayaan) patuh Syariah berasaskan konsep Komoditi Murabahah (melalui pengaturan
Tawarruq). Pembiayaan SSB-i menyediakan bayaran bulanan tetap kepada pemilik rumah yang layak di bawah kategori warga emas/pesara yang berumur 55 tahun dan ke atas sehingga mencapai umur 120 tahun.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Dibawah Pembiayaan SSB-i, warga emas/pesara yang berkelayakan dan memiliki rumah (pemilik rumah) akan membuat transaksi Komoditi Murabahah (melalui pengaturan Tawarruq) dengan Cagamas Berhad (Cagamas) sebagai penyedia kemudahan.
Pemilik rumah akan menggadaikan rumah tersebut untuk jaminan, sebagai balasan kepada bayaran bulanan tetap sehingga kematian pemilik rumah atau apabila pemilik rumah mencapai umur 120 tahun, yang mana lebih awal. Warga emas/pesara akan kekal sebagai pemilik rumah dan berterusan menetap di rumah tersebut sepanjang hayat mereka.
Pemilik rumah tidak perlu membuat sebarang bayaran kepada Cagamas semasa tempoh Pembiayaan SSB-i. Penyelesaian hanya akan dituntut dan perlu dibayar apabila pemilik rumah terakhir meninggal dunia, iaitu bagi permohonan bersama, yang mana terkemudian. Sekiranya tiada penyelesaian oleh waris/harta pusaka, rumah tersebut akan dijual oleh Cagamas bagi menyelesaikan jumlah pembiayaan yang tertunggak. Sebarang lebihan selepas penyelesaian akan dibayar kepada harta pusaka, manakala sebarang kekurangan akan ditanggung oleh Cagamas.
Objektif SSB-i
SSB-i dibentuk untuk mencapai matlamat berikut:
Membolehkan pemilik rumah yang layak mendapat ketenangan fikiran dalam mengharungi tahun-tahun keemasan melalui aliran tunai yang konsisten sebagai sara hidup bulanan.
Pengurangan kebergantungan kepada waris mereka kerana pemilik rumah yang layak boleh memanfaatkan harta sendiri tanpa perlu membebankan pihak lain.
Menyediakan cara untuk pemilik rumah warga tua menggadaikan rumah mereka untuk mendapatkan wang tambahan tanpa mengorbankan pemilikan rumah dengan terus tinggal dan menetap sepanjang hayat
Membantu pemilik rumah warga emas membiayai persaraan mereka dengan cara patuh Syariah.
Kriteria Kelayakan Harta
Untuk melayakkan diri bagi mendapatkan Pembiayaan SSB-i, individu tersebut mestilah berumur sekurang-kurangnya 55 tahun dan memiliki rumah serta memenuhi kelayakan lain seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah:
Kriteria Kelayakan Pelanggan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 55 tahun dan ke atas,
- Terbuka untuk pembiayaan tunggal atau bersama (terhad kepada 2 nama sahaja).
- Bagi pembiayaan bersama, tidak terhad kepada pasangan sahaja tetapi juga termasuk ibu bapa, adik beradik atau anak, tertakluk kepada had umur di atas.
Kriteria Kelayakan Harta
- Hartanah kediaman di Malaysia yang dibawah nama Pelanggan atau pemilikan bersama untuk pembiayaan bersama
- Bagi pembiayaan bersama, pemilikan bersama adalah diperlukan
- Hartanah mestilah diduduki Pelanggan dan merupakan tempat kediaman utama
- Hartanah Pegangan Bebas atau Pajakan (Tertakluk Kepada Syarat Syarat Kelayakan)
- Bebas daripada sebarang bebanan seperti gadaian dan liabiliti hutang yang lain
- Tidak tertakluk kepada sebarang Hibah (hadiah) termasuk Hibah Amanah
Ciri-Ciri Produk Utama SSB-i
Tempoh pembiayaan yang panjang
Pendapatan bulanan tetap sepanjang hayat atau sehingga Pelanggan berumur 120 tahun, yang mana lebih awal
Tiada bayaran sepanjang hayat
Penyelesaian hanya perlu dibuat apabila Pelanggan yang terakhir meninggal dunia
Kekal mendiami rumah sendiri
Pelanggan boleh terus mendiami rumah sendiri sepanjang hayat mereka
Tiada tuntuan
Waris/ harta pusaka Pelanggan tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan jumlah tertunggak Pembiayaan SSB-i dan sebarang kekurangan jika hasil jualan hartanah adalah kurang daripada jumlah tertunggak Pembiayaan SSB-i.
Bayaran Bulanan Dan Pendahuluan Awal (Jumlah Bayaran)
Jumlah bayaran yang diterima oleh Pelanggan sebahagian besarnya bergantung kepada umur Pelanggan, nilai hartanah, lokasi dan jenis kediaman.
Secara amnya, semakin berumur Pelanggan, semakin tinggi jumlah bayaran. Bagi pembiayaan bersama, umur Pelanggan yang lebih muda akan digunakan untuk menentukan jumlah bayaran. Tambahan pula, semakin tinggi nilai hartanah, semakin tinggi jumlah bayaran.
Kalkulator Gadaian Berbalik (SSB) boleh digunakan untuk memberikan anggaran jumlah bayaran. Maklumat yang dihasilkan oleh kalkulator adalah untuk tujuan rujukan dan ilustrasi sahaja.
Kos-kos SSB-i
- Kadar Keuntungan Siling adalah kadar keuntungan maksimum yang akan dikenakan kepada Pelanggan sepanjang tempoh pembiayaan
- Kadar Keuntungan Efektif adalah kadar keuntungan sebenar yang dikenakan kepada Pelanggan yang berbeza setiap bulan
- Bayaran kepada penyedia kemudahan untuk pengaturan dan perkhidmatan seperti berikut:
- mewakili Pelanggan dalam rundingan dan urusan dengan pihak ketiga;
- menyediakan wang pendahuluan kepada Pelanggan untuk Perbelanjaan Awal, jika ada;
- menguruskan pengeluaran wang tunai melalui bayaran bulanan secara tetap;
- memastikan tiada tuntutan ke atas waris/harta pusaka bagi jumlah tertunggak dan sebarang kekurangan daripada pembiayaan tertunggak
- Pada masa ini, yuran adalah berdasarkan 1.75% daripada nilai pasaran semasa hartanah
- Yuran ini boleh dimasukkan dalam Pembiayaan SSB-i
- Bayaran kepada pihak ketiga untuk kos-kos awal yang akan dikenakan seperti penilaian harta, yuran guaman, duti setem, dan/atau perlindungan takaful/insurans kebakaran harta juga termasuk apa-apa yuran kaunseling, perkhidmatan, fi komoditi kepada pihak ketiga, jika ada.
- Perbelanjaan awal ini boleh dibiayai dalam Pembiayaan SSB-i
- Sekali Bayaran Pendahuluan Awal bersama satu bayaran bulanan disediakan pada awal pembiayaan dan jumlah maksimum akan dinilai semasa permohonan.
Penggunaan Bayaran Pendahuluan Awal adalah terhad kepada berikut:
(1) bayaran untuk perbelanjaan perubatan;
(2) penyelesaian sebarang gadai janji tertunggak ke atas harta yang akan digadaikan di bawah Pembiayaan SSB-i; dan
(3) perbelanjaan pengubahsuaian dan penyelenggaraan untuk menjaga harta tersebut - Hanya sekali pengeluaran dibenarkan pada awal pembiayaan
SSB -i : Manfaat Utama
Berdasarkan prinsip patuh Syariah :
- Tiada unsur pinjaman berasaskan riba
Tiada unsur ketidakpastian dalam kontrak :
- Tempoh pembiayaan yang tetap
- Bayaran bulanan yang tetap
- Kadar Keuntungan Siling yang tetap
Keuntungan dikenakan pada Kadar Keuntungan Efektif berdasarkan jumlah pengeluaran/pokok semasa :
- Pengiraan keuntungan tidak dikompaun
- Rebat bulanan dan penyelesaian awal diberikan kepada Pelanggan