Guna kalkulator Skim Saraan Bercagar di bawah untuk mengira amaun bayaran bulanan yang anda inginkan.

Penafian:
Sila maklum bahawa ini adalah hanya satu anggaran am dan Peminjam/Pelanggan hendaklah tidak bergantung kepada maklumat ini apabila membuat keputusan untuk membuat pinjaman/pembiayaan.

 

Umur pemohon yang lebih muda akan digunakan untuk pengiraan.
RM
Set semula

Bayaran Bulanan & Pendahuluan Awal Sekali (Jumlah Bayaran)

Bagaimana kami tentukan jumlah bayaran?

Jumlah bayaran adalah bergantung kepada 

  • Umur peminjam/pelanggan.
  • Bagi Skim Saraan Bercagar secara bersama, umur peminjam/pelanggan yang paling muda akan digunakan.
  • Nilai, lokasi dan jenis hartanah.

Bagaimana untuk dapatkan jumlah bayaran yang lebih tinggi?

  • Semakin tua umur peminjam/pelanggan, semakin tinggi jumlah bayaran.
  • Semakin tinggi nilai hartanah, semakin tinggi jumlah bayaran.

Kos

Ingin memahami lebih lanjut tentang kos berkaitan Skim Saraan Bercagar?  Ketahui lebih lanjut mengenainya di bawah.

Untuk Konvensional
Kadar faedah adalah tetap setahun, dan ia mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk maklumat terkini kami di halaman utama.


Untuk Islamik
Kadar Keuntungan Siling ialah kadar keuntungan maksimum yang akan dikenakan sepanjang tempoh pembiayaan dan Kadar Keuntungan Efektif ialah kadar keuntungan sebenar yang akan dikenakan kepada pelanggan yang berbeza setiap bulan.

Jumlah tetap yang akan dikeluarkan kepada peminjam/pelanggan setiap bulan. Rujuk Kalkulator Gadaian Skim Saraan Bercagar kami untuk mendapatkan jumlah anggaran berdasarkan umur dan nilai harta anda.

Sebagai peminjam/pelanggan, anda perlu menanggung perbelanjaan awal tertentu seperti yuran pengecualian rekursa /yuran kemudahan sekali sahaja, yuran penilaian hartanah, yuran guaman dan/atau perlindungan insurans/takaful kebakaran bagi harta yang dicagarkan. Perbelanjaan ini boleh dibiayai dalam produk Skim Saraan Bercagar

Pembayaran Pendahuluan Awal sekaligus bersama dengan bayaran tunai bulanan adalah disediakan dan jumlah maksimum akan dinilai semasa permohonan.

Pembayaran Pendahuluan Awal sekaligus adalah terhad kepada penggunaan berikut sahaja:
(1) bayaran untuk perbelanjaan perubatan,
(2) menyelesaikan sebarang pinjaman/pembiayaan gadaian tertunggak ke atas hartanah yang akan dicagarkan di bawah produk SSB dan
(3) perbelanjaan pengubahsuaian dan penyelenggaraan untuk menyelenggara hartanah tersebut.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Saraan Bercagar atau Skim Saraan Bercagar Islamik?

Want to learn more about  Skim Saraan Bercagar (SSB) reverse mortgage loan?
icon-blue-font.svg
M
L
XL
XXL